
Dan yang sebenarnya, sedang tidak selesa, gigi sebelah kiri, agak sakit. Pertama kali sakit gigi. Tidak pasti pula apa punca. Juga ada sedikit ulcer di lidah, bila membaca n bercakap, ahhh... Besarnya nikmat mulut~
Mahu cerita ringkas, ku mudah mendapat ulcer di lidah n bibir, terutama waktu letih n punya banyak kerja. Juga waktu yang ku kurang menjaga pengambilan air kosong. Waktu itu, semangat n cintaku pada AlQuran pasti meluap n sentiasa ingin berzikir baitnya. Tapi setiap kali zikirku, sakit itu menjengah, menggetap lompang yang hadir. Aduhhh.. n setiap kali itu juga menyesal, mengapakah sewaktu sihatku, ku rasakan biasa saja pada AlFurqan?
Aihh.
Minggu lepas, ada bertanya Dr Dzul (sahabat abangku sewaktu di SAMBEST, kini Tahun 3 pergigian di JUST) Adalah perkara yang ku bertanya (ini sebelum sakit gigi yangs ekarang ini), yang menurutnya berkaitan dengan Plug Deposition n sempat memberi link tentang cara menggosok gigi dengan betul.
N menurutnya juga, 3 perkara untuk routine checkup; scaling, polishing, filling.
Jadi marilah yer, kita sama-sama menjaga kesihatan tubuh badan n juga gigi. Setiap yang ada pada kita, akan kembali kepada Pemilik Mutlak, n pasti kita akan ditanya tentang setiap perkara yang kita ada. Dan mahukah kita mengembalikan jasad kita ini dalam bentuk yang sudah lompang n rosak. Ishh, kalau rumah sewa kita pulangkan dengan keadaan rosak, pasti tak dapat balik Ta’min (pe ek melayunya, lupa lah)
N kita juga, selaku pelajar perubatan yang sudah belajar sikit-sikit, berkongsilah tips kesihatan bersama orang sekeliling, prihatin kepada keadaan kesihatan mereka k.

Uuhh teringat pula pada tazkirah Helmi a.k.a Menthol sebelum kuliah Physio, tazkirah yang bermanfaat untuk golongan sasar, menarik n nontypical. Bila anak doctor ini memberi nasihat melalui pandangan maknya, memberi medical explanations sekali, membantu sahabat-sahabat lain. Antaranya, sebolehnya jangan minum air sejuk selepas makan, kadar pengambilan Vitamin C (budak kat Cairo nih suka ambil Vitacid 1 tablet sekali, 1 gram lak tuh. Patutnya 500g je sekali ambil, dua kali sehari pada waktu-waktu tak sihat…hukhukkhukk.. Fathy tersedak!) n bla..bla..bla... Jadi bolehlah, saya mencadangkan pada Helmi uuntuk membuat blog bercerita tentang tips ini semua, yang selalu sangat kita terlepas pandang.
Tunaikanlah hak-hak badan kita ea
-Selamat menjaga kesihatan-
p/s kurang bercakap waktu sakit, kurang dosa yang dibuat oleh satu anggota. *Alhamdulillah*
p/s c’s radin kurang mahu bercerita tentang aktiviti yang dilalui bersama secara jemaah kerana pasti laporan penuh telah dibuat oleh bloggers lain. *satu perkara yang saya tak gemar n tak suka; buat kerja yang orang lain boleh buat:P, terima kasih kepada bloggers lain kerana menulis!!*
p/s tahniah kepada bloggers baru~

p/s teringat pandangan comel Ulya, bila kami bercakap pasal hukum Tajweed.
Kemudian Ulya tanya “nih semua belajar waktu Darjah 6 ek”
“aa”
“oohh, kita tak tahu pun nama hukum-hukum tuh, baca ikut sebutan yang betul jer,”
“heh, yer le darjah 6 die kat Scotland,
Ulya senyum.
Erk, jangan salah faham. Ulya baca sama jer macam kita semua, yang patut 2 harkat, 2 harkat, cumanya nama hukum je yang tak arif.
p/s sonok kawan dengan Ulya-paling best, kalau c's seorang yang blur, dia lagi blur..huhu



2 reSpOn (s0:
hurm sakit gigi mmg menyakitkan. ak pun dah tumbuh gigi bongsu sakit nk mampus sebelum tumbuh adoii.
paperpon semoga tak sakit dah lpas nih.... syukur masih lagi diberikan nikmat oleh ALLAH>>
huhu
xtau ler nih tumbuh gigi bongsu ke apa, tp seiring dengan kesembuhan ulcer di lidah, sakit gigi pun hilang.. physco je kot.. n skg, dh ok!!
Post a Comment