4.21.2008

Naughty moDe

Salam.. rasanya dah habis sudah siri House Season 4 saya balun dalam seminggu nih. Mana dapat? Heh, dari HD kak KD (kakak usrah saya*luv her*) dibawa oleh Kak Ell *thank her so much :D* sewaktu kehadiran Kak Ell ke Anonymous Suite (dah ada nama rumah:P Sejak bila baginya tak tahu, tapi dah officially declared n established, but then, it’s sweet)

Nak kata siri House nih best, boleh lah. Tapi pretty ridiculous n filth gak. Ok lah kot dari segi kehebatan Dr House nih dalam bab membuat teori dan menyelamatkan pesakitnya. Tapi bab etika, bab akhlak dan tingkah laku. Isk, the series seem turn to rubbish. Memang menggambarkan diri sendiri ke macam mana mereka nih. Dr House nih macam Atheis jerk, dia tak percaya agama semua benda tuh. Adoi, nak counter attack pun, kita nih orang tak berapa nak pandai. Ya Allah, permudahkan daku menuntut ilmuMu, dengan namaMu yang Maha Pemurah Dan Penyanyang, kurniakan aku kecerdasan fikiran.*berharap*

Btw, sekurangnya bersyukur gak, dalam satu episode, dalam siri 3 tak silap, ada couple husband-wife nih dapat same hereditary disease. Dan mereka adalah adik beradik sebenarnya. House suruh Foreman beritahu pasal adik beradik tuh, tapi Foreman tak nak, macam akan ruin the entire life kalau tahu. House paksa bagi tahu gak. Isk, walaupun House nih tak beretika, bab nih jadi respect gak kat dia. The sake is about telling the truth rite.

Anyway, sekurangnya, kita dah tahu mereka nih fikiran macam mana, jadi tak shock mana ler tengok cerita yang sememangnya menggambarkan mereka. Tapi kan, wonder la sikit, kalau cerita Melayu yang terlebih jujur tuh pula macam mana? Heh, nanti orang luar pun cakap, ‘That’s Malay. Wif very ‘pleasant’ cultures.’ Hah, ye la sangat. Apparently primitive, just like to turn back into the prehistoric era, without appropriate behaviors n customs n also dresses. Isk, pelik!!

Masa balik Malaysia akhir Januari lepas, dapatlah tengok TV. (nota: rumah saya tiada Astro, maka mungkin sedikit yang saya tengok, tidak menggambarkan keseluruhan, tapi saya tetap mahu mengeji. Haha *naughty mode*)

Tapi kan, Ya Allah, tolonglah. Takde isu yang bertamadun sikit ke nak bawa. Sikit-sikit cerita pasal rempit, prostitution, scandals. Isk, masalahnya point of view yang dibawa, bukan menginsafkan, tapi macam discovery channel lak, expose kat orang ramai about dat stuffs, then, they luv to try it out instead of taking it as a lesson. Cuba kasi cantek sikit, buat cerita technician F1 circuit ke, dia fix kereta Proton untuk Grand Prix kat Sepang ke, syok sikit. Biarlah Nampak hiperbola, idealistic sikit, lama-lama terealisasi la dia.(note: rasa tak hiperbola sebab orang kat Malaysia ni hebat-hebat gak)

Isk, gunakanlah semua tuh untuk promote Malaysia. Kan bagus.

Pandai yer ko cakap Radin, bukan nak buat. Erk, ini hanya cadangan dan pendapat:P
Maka begitu, tazkirah untuk Radin hari ini

2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya. Untuk mereka
(AsSoff:2-3)
But then, tahniah gak ler dengan rancangan-rancangan yang baik. But a lot of improvements should be made. Tapi, saya mahu lebih banyak kartun dan anime!! Tapi tak nak siri, bak movie, I’m getting crazy following each episodes kang, or I leave all dem je, macam yang berlaku kepada my Full Metal Alchemist n Bleach.

p/s Tahniah kepada PERUBATAN dan workforce of Muslim Manga n I-MAN for da launching of both of dem. Gud kick off, keep it up, though I have nothing to contribute, I have few money to buy them, n dis childish blog to promote dem… hehe, belilah~

p/s kalau Kak Sarah baca entry Radin nih, mesti geleng kepala, heh, entry berkuah rojak!

p/s selesai praktikal Physio, biochem dan juga Histo. Heh, no comment. Pray for me ya~ tak susah, tapi cuak able to ruin it. Tawakal untuk yang dah lepas, berusaha untuk yang akan datang~

p/s tetiba teringat pula pada sahabat-sahabat ex 505 SPM 2006. Bittaufiq kullukum~

1 reSpOn (s0:

  1. Satu lagi luahan pasal House..
    haih~

    just nak bitau..
    You've Been Tagged.
    Tahniah kerana terpilih. Haha

    ReplyDelete